Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Julaihi Narawi menegaskan isu pelantikan PETROS sebagai agregator gas tunggal di Sarawak adalah perkara yang tidak boleh dirunding. Foto UKAS

Tidak boleh dirunding, PETROS agregator tunggal di Sarawak

ByShafik Ahmad

KUCHING, 13 Nov: Syarikat Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) kekal sebagai agregator gas tunggal di Sarawak, kata Dato Sri Julaihi Narawi.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi itu menegaskan perkara berhubung pelantikan syarikat minyak negeri itu sebagai agregator gas tidak boleh dirunding.

Katanya, Kerajaan Sarawak melalui PETROS masih dalam peringkat perbincangan teknikal dengan PETRONAS untuk memastikan segala keperluan di bawah Ordinan Pengagihan Gas 2016 dipatuhi.

Bagaimanapun rundingan kedua-dua pihak itu tidak melibatkan sebarang perbincangan mengenai pelantikan PETROS sebagai agregator gas.

“Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa pelantikan PETROS sebagai agregator gas tunggal adalah tidak boleh dirunding.

“Bermakna tidak ada agregator gas lain di Sarawak melainkan PETROS sahaja.

Beliau berkata demikian ketika sesi soal jawab berhubung status PETROS sebagai agregator gas di Sarawak di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Rabu.

Untuk rekod, PETROS telah dilantik sebagai agregator gas berkuatkuasa pada 1 Februari 2024 yang berperanan untuk menjalankan semua aktiviti yang berkaitan dengan perolehan, pembekalan, pengedaran dan penjualan gas asli di Sarawak.

Setakat ini kata Julaihi, kementeriannya telah mengeluarkan lesen penjualan gas kepada 13 pengeluar gas huluan dan 10 lesen kepada pemain gas hiliran dengan jumlah kutipan sebanyak RM 515,701.17 seperti yang dikehendaki di bawah Seksyen 7, Ordinan Pengagihan Gas 2016. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan