Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak telah merampas lebih 11 tan barang kawalan bersubsidi yang dipercayai cuba diselewengkan di sebuah premis di Kampung Stungkor, Lundu. Foto hiasan Envato

KPDN rampas hampir 10 tan gula pasir, 2.07 tan minyak masak peket

KUCHING, 13 Nov: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak telah merampas lebih 11 tan barang kawalan bersubsidi yang dipercayai cuba diselewengkan di sebuah premis di Kampung Stungkor, Lundu, kira-kira 54 kilometer dari sini, pada Isnin.

Pengarah KPDN Sarawak, Matthew Dominic Barin berkata rampasan tersebut melibatkan 9,864 kilogram (kg) gula pasir kasar dan 2,078kg minyak masak yang dianggarkan bernilai RM33,307.40.

Katanya operasi penguatkuasaan itu dijalankan oleh lima pegawai penguat kuasa KPDN Sarawak selepas risikan selama dua minggu serta maklumat orang awam mengenai penyalahgunaan barang kawalan di premis berkenaan.

“Seorang lelaki tempatan dipercayai pemilik premis tersebut ditahan bagi siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana menyimpan barang kawalan di lokasi yang tidak berlesen,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya rampasan ini adalah sebahagian daripada usaha kementerian untuk mengekang penyelewengan barang kawalan bersubsidi di Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan