MIRI, 12 Nov: Dua cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kampung Satap, Bekenu, di sini, hari ini.
Komander Operasi, Jefri Majun berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 9.45 pagi tadi dengan menggerakkan tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah ke lokasi kejadian.
“Kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan iaitu lori, pikap dan kereta.Terdapat dua orang mangsa lelaki berusia 18 dan 20 tahun tersepit di dalam kereta.
“Pasukan bomba membuat penstabilan pada kereta tersebut dan membuat rawatan awal kepada mangsa yang cedera,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, seterusnya mangsa dikeluarkan dengan menggunakan pengunsung, setelah pasukan bomba membuat tindakan memotong bahagian kereta yg terlibat menggunakan peralatan menyelamat.-TVS