Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiga wanita berdepan detik cemas selepas kenderaan Toyota Land Cruiser Ninja King dinaiki terbakar selepas kemalangan kendiri di Jalan Loji Bayai, Sri Aman, awal pagi tadi. Foto JBPM

Tiga wanita berdepan detik cemas, Ninja King dinaiki terbakar

SRI AMAN, 12 Nov: Tiga wanita berdepan detik cemas selepas kenderaan Toyota Land Cruiser Ninja King dinaiki terbakar selepas kemalangan kendiri di Jalan Loji Bayai di sini, awal pagi tadi.

Komander Operasi, Mohamad Fadhli Buyong berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 4.07 pagi dengan menggerakkan sembilan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan sebuah kenderaan jenis Toyota Land Cruiser Ninja King telah terbakar keseluruhan dan kejadian berlaku disebabkan oleh kemalangan kendiri.

“Bagaimanapun, tiga wanita yang menaiki kenderaan itu berjaya menyelamatkan diri dalam kejadian berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, tindakan pemadaman kebakaran telah dilakukan oleh anggota bomba dengan menggunakan dua aliran salur bantu mula pam jentera dan sumber air dari tangki jentera.

“Setelah memastikan keadaan selamat serta terkawal, anggota bomba seterusnya berangkat balik ke balai,” ujarnya.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan