Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Beregu lelaki negara meraih gelaran juara pertama musim ini selepas menumpaskan pasangan tuan rumah Jin Yong-Kim Won Ho pada final Kejohanan Badminton Masters Korea hari ini. Foto Badminton Association of Malaysia - BAM (FB)

Aaron-Wooi Yik raih gelaran pertama musim ini, juarai Masters Korea

ByBernama

KUALA LUMPUR, 10 Nov: Beregu lelaki negara meraih gelaran juara pertama musim ini selepas menumpaskan pasangan tuan rumah Jin Yong-Kim Won Ho pada final Kejohanan Badminton Masters Korea hari ini.

Gandingan pilihan pertama kejohanan itu bagaimanapun terpaksa bekerja keras sebelum menjuarai kejohanan berstatus Super 300 itu, untuk bangkit selepas kalah set pertama 21-23 sebelum menang 21-19, 21-14 pada set kedua dan ketiga, pada perlawanan berlangsung di Gimnasium Iksan.

Pasangan keenam dunia itu, membawa pulang hadiah kemenangan wang tunai berjumlah US$15,750 (RM69,020).

Kemenangan itu sekali gus membuka peluang kepada Aaron-Wooi Yik menempah slot ke Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China, bulan depan.

Namun mereka perlu memastikan sekurang-kurangnya menaiki satu lagi podium di kejohanan bertaraf Super 500 Kumamoto Masters Jepun, bermula Selasa ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan