Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil bercakap ditemui pemberita selepas Permukinan Komuniti Madani Malaysia Sarawak di Pusat Konvensyen Penview (PCC) di Kuching pada Sabtu. Foto: TVS

Sekolah Penerangan mampu tingkatkan semangat perpaduan dalam masyarakat

KUCHING, 10 Nov: Program Sekolah Penerangan mampu melahirkan Komuniti MADANI sebagai ejen penyampai maklumat sekali gus menangkis fitnah dan berita palsu.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, usaha mewujudkan Sekolah Penerangan mengikut zon tertentu membolehkan mereka dididik mengikut kemahiran termasuk cara menyampaikan maklumat yang lebih berkesan dan efisien.

Menurutnya, komuniti tersebut memegang tugas dan tanggungjawab untuk menyampaikan maklumat yang benar berkenaan dasar dan program kerajaan bagi meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.

“Dan inilah antara sebab kenapa saya telah minta Jabatan Penerangan mengusahakan sekolah penerangan yang melibatkan komuniti-komuniti madani yang akan mula diusahakan dalam tempoh yang terdekat melibatkan zon-zon tertentu.

“Kita akan jemput komuniti-komuniti madani supaya mereka boleh memahami tugas dan tanggungjawab mereka sebagai komuniti madani melalui program-program yang boleh mereka laksanakan serta langkah-langkah yang mereka sendiri boleh ambil untuk tingkatkan semangat perpaduan dalam masyarakat setempat ini yang kita harapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Permukinan Komuniti Madani Malaysia Sarawak di Pusat Konvensyen Penview (PCC) di Kuching pada Sabtu.

Tambahnya, belum ada perancangan pennganjuran program komuniti madani melibatkan dua negeri berbeza kerana pada peringkat ini kerajaan masih mengfokuskan kepada masyarakat setempat.

Ujarnya, pada masa hadapan cadangan kerjasama bersama kementerian lain boleh diwujudkan bagi membolehkan penganjuran program madani dalam mengukuhkan perpaduan masyarakat mampu dipertingkatkan.

“Waktu ini semua peruntukan tertanggung kepada tatacara dan juga proses-prosedur yang sedia ada dan waktu ini kita lebih memberi fokus kepada aktiviti setempat untuk pastikan dasar Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dapat sampai kepada komuniti setempat.

“Mungkin kita boleh bincang nanti dengan contohnya Kementerian Perpaduan untuk lihat apa usaha yang boleh kita silang kementerian bagi tingkatkan semangat perpaduan di kalangan masyarakat,” jelasnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan