Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Malaysia mengutuk keras serangan rejim zionis di Selatan Lubnan semalam yang mencederakan beberapa anggota Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-12 akibat terkena serpihan letupan.

Malaysia kutuk keras serangan Israel cederakan anggota MALBATT 850-12

ByHafeezzur Muzamir

PUTRAJAYA, 8 Nov: Malaysia mengutuk keras serangan rejim zionis di Selatan Lubnan semalam yang mencederakan beberapa anggota Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-12 akibat terkena serpihan letupan.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, Malaysia akan melihat keperluan untuk mengambil tindakan terhadap serangan tidak bertanggungjawab Israel itu.

“Kerajaan Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan kejam rejim Israel dengan ia disifatkan tidak boleh diterima.

“MINDEF ada menyebut mengenai sebarang perancangan (tindakan) yang perlu diambil perlu merujuk mereka,” katanya dalam sidang media mingguan Kementerian Komunikasi di sini, hari ini.

Lewat malam semalam, anggota MALBATT 850-12 yang baru tiba ke negara itu dua hari lepas mengalami cedera ringan selepas terkena serpihan letupan yang menyasarkan sebuah kenderaan awam lain yang sedang menghala ke Beirut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan