Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gunung Merapi memuntahkan lava ke lerengnya semasa letusan seperti yang dilihat dari kampung Srumbung di Magelang, Jawa Tengah, pada 4 November 2024. Foto AFP

Gunung Marapi Indonesia meletus

ByBernama

JAKARTA, 7 Nov: Gunung Marapi di wilayah Sumatera Barat, Indonesia meletus pada pagi Khamis dan menghamburkan abu setinggi 800 meter ke udara, menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi, lapor Xinhua.

Letusan berlaku pada 8.54 pagi waktu Jakarta, dengan abu tersebar ke arah timur dan timur laut kawah.

Penduduk setempat diminta mengelak daripada melakukan sebarang aktiviti dalam lingkungan 4.5 kilometer dari kawah.

Mereka yang tinggal di sepanjang sungai yang berpunca dari lereng gunung turut dinasihatkan agar berwaspada terhadap kemungkinan aliran lahar semasa hujan lebat.

Gunung Marapi merupakan satu daripada 127 gunung berapi aktif di Indonesia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan