Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Ding Kuong Hiing bersama ahli dalam Mesyuarat Agong Tritahunan Parti SUPP Cawangan Bintangor 2025-2027, pada Rabu. Foto TVS

Ding Kuong Hiing kekal terajui SUPP Bintangor

BINTANGOR, 6 Nov: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing dipilih semula menerajui Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bintangor.

Keputusan sebulat suara itu dipersetujui semua ahli pada Mesyuarat Agong Tritahunan Parti SUPP Cawangan Bintangor 2025-2027, hari ini.

Dalam ada itu, jawatan timbalan pengerusi disandang Chieng Buong Ong, setiausaha, Lau Sie Hing dan Lee Ngin Soon (bendahari).

Pada masa yang sama, mereka turut menyokong Kuong Hiing, 69, dicalonkan semula sebagai calon DUN N.46 Meradong pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke 13 dan Dato Sri Huang Tiong Sii, calon Parlimen pada Pilihan Raya Umun ( PRU) ke 16.

Dalam pada itu, Kaunselor Chieng Ming Kiong dilantik semula sebagai Ketua Wanita Parti SUPP Cawangan Bintangor manakala Ley Chee Hua kekal ketua pemuda.

Sehubungan itu, Kuong Hiing menzahirkan terima kasih atas kerjasama baik semua ahli parti cawangan berkenaan.

“Justeru penting untuk ahli parti terus bersatu demi memastikan kekuatan dan kelangsungan parti, mencapai matlamat bersama, memperkukuh strategi politik dan menghadapi cabaran serta persaingan politik secara lebih efektif.

“Ini juga boleh meningkatkan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap parti,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan