Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bercakap dalam sidang media selepas hadir Majlis Pemakaian Beret PBB, Penyerahan Bendera Malaysia dan Penghantaran Kumpulan Pertama Malbatt 850-12 di Shah Alam hari ini. Foto Hafeezzur Muzamir (TVS)

MINDEF serah notis pembatalan kontrak syarikat bekal Black Hawk – Khaled

ByHafeezzur Muzamir

SHAH ALAM, 6 Nov: Kementerian Pertahanan mengesahkan telah menyerahkan notis pembatalan kontrak kepada syarikat pembekal helikopter Black Hawk kepada kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keputusan itu diambil selepas tempoh kontrak penyerahan tamat pada hujung Oktober lepas.

“Oktober sudah pun berakhir, maka ia sudah berakhir. Tiada apa-apa, notis pembatalan telah pun dihantar,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pemakaian Beret PBB, Penyerahan Bendera Malaysia dan Penghantaran Kumpulan Pertama Malbatt 850-12 di sini, hari ini.

Sebelum ini,Syarikat Aerotree Defence and Services Sdn Bhd menandatangani kontrak pada Mei tahun lalu untuk memajak empat helikopter Sikorsky UH-60A+ Black Hawk kepada kor udara tentera.

Di bawah perjanjian bernilai RM187 juta itu, helikopter pertama sepatutnya dihantar pada November tahun lalu, tetapi tarikh akhir itu ditolak kepada April tahun ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan