Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rusia yang kini memegang jawatan pengerusi BRICS, akan menghantar jemputan kepada negara-negara yang berpotensi menjadi rakan kongsi persatuan itu, dengan senarai negara itu telah dipersetujui, Foto fail AFP

Senarai negara rakan kongsi BRICS dipersetujui, kata Putin

ByBernama

MOSCOW, 6 Nov: Rusia yang kini memegang jawatan pengerusi BRICS, akan menghantar jemputan kepada negara-negara yang berpotensi menjadi rakan kongsi persatuan itu, dengan senarai negara itu telah dipersetujui, kata Presiden Vladimir Putin pada majlis penyampaian surat tauliah oleh duta asing di Kremlin pada Selasa.

“Penubuhan kategori baharu bagi negara rakan kongsi telah menjadi pencapaian penting Sidang Kemuncak Kazan.

“Senarai negara calon yang berpotensi juga telah dipersetujui, yang Rusia selaku pengerusi BRICS akan menghantar jemputan yang berkaitan,” kata Putin, lapor Agensi Berita Rusia (TASS).

“Status rakan kongsi BRICS akan diberikan kepada negara-negara ini apabila menerima reaksi positif,” tambah ketua negara itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan