Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan AFP

Parlimen: JAKIM giat galak usahawan mohon sijil halal

ByFarah Diyana Samsuddin

KUALA KUMPUR, 6 NOV: Kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bergiat aktif menggalakkan para usahawan memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr. Zulkifli Hasan berkata ‘Halal Development Corporation’agensi di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri memainkan peranan penting menyediakan latihan dan bimbingan industri bagi memastikan industri tersedia memohon SPHM

“Usaha sedemikian dilaksanakan dengan kerjasama agensi-agensi pembimbing dalam usaha memudah cara dan membantu usahawan khususnya usahawan Industri Kecil dan Mikro,” katanya.

Dr. Zulkifli berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen bagan Serai, Datuk Idris Ahmad pada sesi soal jawab Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Menurutnya agensi-agensi terlibat termasuk Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI), Lembaga Perusahaan Pekebun Kecil (RISDA), Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA), Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

“Dalam masa yang sama, JAKIM juga mewujudkan inisiatif bimbingan dan latihan kepada industri melalui Rakan Strategik, Malaysia International Halal Academy (MIHA) dan Penyedia Latihan Halal,” ujarnya.

Dr. Zulkifli menambah JAKIM juga turut menjalinkan kerjasama strategik dengan beberapa institusi kewangan bagi tujuan yang sama.

“Antaranya melalui inisiatif Solusi Halal Maybank dan Bank Islam bagi membantu usahawan termasuk premis-premis makanan dan minuman industry kecil dan mikro dari aspek prasaranan bagi mendapatkan pensijilan halal,” jelasnya.

Justeru itu, Dr. Zulkifli mengingatkan kepada masyarakat khususnya yang beragama Islam agar sentiasa peka memilih perkhidmatan dan premis makanan yang disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi membendung perkara yang tidak diingini.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan