Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

“Kami masih menjalankan aktiviti harian seperti biasa” – nelayan Kampung Buntal

BySteward Dawi

KUCHING: Cabaran yang ditimbulkan oleh pandemik COVID-19 dan keadaan cuaca yang kadang-kala tidak menentu menyebabkan golongan nelayan tidak dapat turun ke laut untuk menangkap ikan.

Keadaan ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada sumber pendapatan mereka yang umumnya bergantung kepada hasil laut.

Walaupun demikian, aktiviti perikanan di Kampung Buntal tetap berjalan seperti biasa.

Menurut Mohd Salleh Badi Linggi, aktiviti harian nelayan di Kampung Buntal dan kegiatan ekonomi mereka masih giat dijalankan.

Beliau berkata, aktiviti jual beli produk hasil laut di Kampung Buntal masih mendapat sambutan yang menggalakkan, sama ada dalam kalangan penduduk kampung mahupun orang luar.

“Setakat ini, semenjak awal pandemik COVID-19 lagi, kegiatan ini memang sentiasa berjalan dengan baik. Ia tidak menjejaskan kegiatan lain. Jadi tiada masalah. Ekonomi pun masih berjalan dengan lancar,” katanya ketika ditemui wartawan TVS baru-baru ini.

Bagi Man Hassan, kadang-kadang hasil laut yang ditangkap hanya dijual di dalam kawasan kampung sahaja kerana sebelum ini, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membataskan pergerakan orang ramai.

“Pada sebelah petang, jam 2.00 atau 4.00 petang, pelanggan dari luar akan datang untuk membeli ikan, ketam dan sebagainya. Tetapi apabila orang luar datang, nelayan di kampung ini berjual mengikut SOP. Jarak kedai pun jauh,” ujarnya.

Seorang lagi penduduk kampung, Saenah Tuah, berkata setakat ini kegiatan terus berjalan seperti biasa, contohnya menangkap ikan, bubuk, dan membuat belacan, yang ada juga dijual dalam tempoh pandemik ini.

Sementara itu, Pengurus Besar Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Buntal, Mohd Firdaus Resad berkata, sebagai ejensi pelaksana di bawah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), PNK Buntal masih meyalurkan bantuan kepada ahli-ahli persatuan.

“Memang ada beberapa bantuan yang kita beri kepada nelayan pada waktu ini. Contohnya, kita ada insentif tangkapan ikan, kita ada memberi subsidi minyak dan elaun sari hidup kepada nelayan,” jelas Firdaus.

Firdaus menambah, selain itu mereka juga ada menyediakan bantuan membaik-pulih rumah bagi ahli-ahli PNK yang memohon bantuan tersebut.

Menurutnya, golongan nelayan masa kini perlu menyesuaikan diri dengan cara baharu untuk menjalankan kegiatan seharian, seperti mengikut Prosedur Standard Operasi (SOP) dan menangani cabaran daripada pandemik COVID-19, terutamanya pada peringkat awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Ketika pandemik mula-mula berlaku, para nelayan agak susah untuk menghantar ikan sebenarnya. Terutamanya apabila merentas daerah, sebelum perkara itu ditambah-baik dengan SOP terkini. Ia adalah salah satu cabaran para nelayan,” tambahnya.

Ikuti TVS di TelegramFacebook, TwitterInstagramTikTok dan YouTube.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan