Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Abdul Rahman Ismail mewakili Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom menyempurnakan Majlis Perasmian Program Libat Urus Fasilitasi Perdagangan Pertanian 2024 di Kuching, hari ini. Foto TVS

Jabatan Pertanian Sarawak lancar buku panduan baharu

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 5 Nov: Pelancaran buku baharu oleh Jabatan Pertanian Sarawak hari ini, iaitu Garis Panduan Permohonan Pengimportan Tumbuhan, Produk Tumbuhan dan Artikel Terkawal bertujuan memastikan perdagangan pertanian di wilayah ini kekal selamat dan dapat dipatuhi.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, garis panduan berkenaan adalah untuk menambah baik piawaian perdagangan pertanian negeri bagi permintaan hasil import, selain menjaga keselamatan biosekuriti makanan.

“Buku panduan ini bukan sahaja bertujuan untuk membantu para pengimport dan badan kawal selia tetapi juga dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan orang ramai.

“Ia menawarkan panduan yang praktikal dalam mematuhi Akta Kuarantin Tumbuhan yang mana ia penting untuk mempertahankan sumber ekosistem pertanian dan semula jadi terhadap ancaman serangga perosak dan penyakit pada tumbuhan,” katanya.

Beliau berkata demikian melalui teks ucapan yang dibacakan Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail pada Majlis Perasmian Program Libat Urus Fasilitasi Perdagangan Pertanian 2024 di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, jelas Rundi, objektif penerbitan buku tersebut juga adalah untuk memupuk kesedaran pihak berkaitan dan menggalakkan pematuhan ketat terhadap undang-undang kuarantin berkenaan tumbuhan.

“Dengan mematuhi garis panduan ini, kita boleh mencegah risiko biosekuriti, menggalakkan amalan perdagangan yang selamat dan akhirnya menyumbang kepada pertumbuhan serta kemampanan sektor pertanian Sarawak,” ujarnya.

Sehubungan itu, Rundi berkata, beliau berharap buku panduan tersebut turut akan membantu semua pihak berkepentingan bukan sahaja melibatkan keperluan peraturan tetapi juga menerima pakai amalan terbaik dalam melindungi dan mengekalkan persekitaran pertanian di wilayah ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan