Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Terdapat sebilangan kecil waris terdekat penumpang dan anak kapal tragedi pesawat MH370 enggan menerima wang pampasan yang disediakan syarikat penerbangan terlibat, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. Foto AFP

Parlimen: Ada waris terdekat tragedi MH370 enggan terima pampasan

ByFarah Diyana Samsuddin

KUALA LUMPUR, 5 NOV: Terdapat sebilangan kecil waris terdekat penumpang dan anak kapal tragedi pesawat MH370 enggan menerima wang pampasan yang disediakan syarikat penerbangan terlibat, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Menurutnya kerajaan telah menyelesaikan tuntutan atau sebarang pampasan melibatkan waris terdekat sebelum ini serta menghormati keputusan mereka yang tidak mahu menerimanya.

“Deadline’ untuk mereka telah berlalu namun Kementerian Pengangkutan mengambil satu pendekatan sekiranya masih ebrharap atau sanggup menerima bayaran (pampasan) itu kita terbuka untuk berbincang menjadi pengantara antara mereka dan syarikat penerbangan,” katanya.

Loke berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan daripada Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir di Dewan Rakyat hari ini.

Ahli Parlimen Seremban itu mendedahkan antara sebab sekumpulan waris terdekat itu menolak untuk menerima pampasan terbabit disebabkan beberapa alasan peribadi masing-masing.

“Mungkin ada antara mereka masih berharap dengan kepulangan ahli keluarga mereka,” ujarnya.

Terdahulu, Loke menerangkan bahawa Malaysia komited mempertingkatkan aspek keselamatan penerbangan awam seperti yang digariskan International Civil Aviation Organization (ICAO) di peringkat antarabangsa sususlan tragedi MH370 sejak 10 tahun lalu.

Tragedi yang masih menjadi tanya hingga ke hari ini menyaksikan pesawat Malaysia Airlines terbabit hilang tanpa jejak sebaik berlepas pada awal pagi pada 8 Mac 2014, menuju Beijing. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan