Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Warga emas ‘seksa’ kucing diburu polis

ByFirdaus Ismail

AMPANG, 5 Nov: Polis sedang mengesan seorang lelaki warga emas yang dipercayai melakukan penganiayaan terhadap seekor kucing dalam kejadian di Flat Pandan Jaya, pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Mohd. Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu daripada seorang wanita warga Indonesia pada pukul 10 pagi Jumaat lepas.

Katanya, pengadu memaklumkan dia terdengar bunyi bising di luar rumah dan mendapati jirannya iaitu seorang lelaki berbangsa Cina berusia 60-an sedang mendera seekor kucing.

Polis tahan lima lelaki susulan kekecohan antara penyokong NSFC, JDT

“(Pengadu memaklumkan dia melihat suspek memasukkan) kucing itu ke dalam penyauk ikan dari tingkat rumahnya sehingga ke bawah flat tersebut,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Mohd Azam berkata, wanita itu dan suaminya serta beberapa orang penduduk menasihatkan lelaki itu supaya melepaskan haiwan itu namun suspek memaklumkan dia berbuat demikian kerana kucing itu sering membuang najis di hadapan rumahnya.

Katanya siasatan dilakukan mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan, Seksyen 29 (1) (e) Akta Kebajikan Haiwan.

“Video kejadian itu yang berdurasi satu minit dan 29 saat telah ditularkan di laman X oleh pemilik akaun @update11111 dan menerima lebih 563,000 tontonan.

“Siasatan turut dibuka mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia Malaysia,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan