Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Empat orang cedera diserang dengan kapak kecil di dalam sebuah kereta api tempatan di kawasan Paris, menurut polis pada Isnin. Foto hiasan Envato

Empat orang cedera diserang dengan kapak dalam kereta api Perancis

ByBernama

PARIS, 5 Nov: Empat orang cedera diserang dengan kapak kecil di dalam sebuah kereta api tempatan di kawasan Paris, menurut polis pada Isnin, seperti dilaporkan oleh agensi berita Jerman (dpa).

Jurucakap polis berkata serangan di Ozoir-la-Ferriere itu adalah tindakan balas dendam. Dua orang cedera parah, manakala dua lagi cedera ringan. Butiran lanjut mengenai insiden itu masih belum jelas.

Pengendali kereta api SNCF memaklumkan di platform X, insiden berlaku dalam sebuah kereta api di Ozoir-la-Ferrière, dan polis serta bomba berada di lokasi kejadian. Tiada butiran lanjut diberikan, namun beberapa perkhidmatan kereta api dibatalkan ekoran insiden itu.

Media Perancis melaporkan serangan bermula dengan pertengkaran di dalam kereta api, mengakibatkan seorang individu cedera di kepala dan seorang lagi kehilangan tangan akibat serangan berkenaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan