Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto Jabatan Penerangan Malaysia

PM Anwar bawa mandat Malaysia sokong Palestin ke OIC di Riyadh minggu depan

ByFarah Diyana Samsuddin

KUALA LUMPUR, 4 NOV: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal membawa mandat serta dukungan Malaysia berhubung isu kekejaman Zionis dan genosid terhadap rakyat Palestin pada Sidang Kemuncak Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada 11 November ini di Riyadh, Arab Saudi.

Perkara itu diumumkan beliau di Dewan Rakyat hari ini pada sesi penerangan terhadap perkembangan mutakhir isu Palestin dan keganasan rejim Isrel ke atas Gaza, Lubnan dan Iran sebentar tadi.

“Maka perlu ada kesepakatan yang telah dilahirkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dan pelbagai parti dan NGO mengenai dukungan Malaysia terhadap perjuang sah rakyat Palestin.

“Oleh yang demikian, kehadiran saya ke Sidang Kemuncak tergempar ini adalah membawa mandat Dewan dan rakyat, iaitu untuk mengambil tindakan bagi menghentikan kekejaman berterusan Israel ke atas rakyat Palestin; pencerobohan dan pemusnahan pusat-pusat ibadah di Wilayah Palestin Yang Diduduki (OPT); serangan terbuka ke atas wilayah-wilayah di Lubnan dan Iran, termasuk pembunuhan Ismail Haniyeh dan Yahya Sinwar,” katanya di Parlimen di sini, hari ini.

Selain itu juga, Anwar memberitahu persidangan berkenaan juga membincangkan permasalahan semasa yang dihadapi oleh Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees in the Near East – UNRWA), berikutan keputusan rejim Israel mengharamkan operasi pertubuhan bantuan kemanusiaan pada 28 Oktober 2024.

Terdahulu, sesi penerangan Ahli Parlimen Tambun itu turut disokong oleh Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman dan Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh.

Syed Ibrahim menyatakan keyakinan terhadap perangan Anwar bahawa komitmen Malaysia untuk memperjuangkan nasib dan bumi Palestin.

“Saya faham dan yakin bahawa apa yang disebut Perdana Menteri  tadi untuk mendapat mandat dariapda Dewan dan rakyat dibawa ke peringkat antarabangsa di sini lah (Dewan Rakyat) tempatnya.

“Saya bangga ada di Dewan ini dan Perdana Menteri menyampaikan penerangan dan mendapat sokongan daripada semua ahli-ahli dewan,” ujarnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan