Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Naib Presiden Persatuan Sofbol dan Besbol Amatur Brunei Wan Muhammad Tambrin Shah. Foto Muhamad Ahnaf (TVS)

Pasukan dari Brunei ungguli kejohanan sofbol di Miri

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 3 Nov: Pasukan Gunners dari Brunei Darussalam muncul juara Sarawak Invitational Fast Pitch Softball Tournament 2024 anjuran Persatuan Sofbol Sarawak  yang berlangsung di Padang MYSED, Pusat Belia, Miri hari ini.

Naib Presiden Persatuan Sofbol dan Besbol Amatur Brunei yang juga Kapten Gunners, Wan Muhammad Tambrin Shah meluahkan rasa bangga dan gembira atas pencapaian mereka.

“Kami sangat gembira memenangi kejohanan ini. Namun, kebahagiaan kami bukan sekadar kemenangan tetapi dapat merasai semangat persahabatan dan kerjasama dengan Persatuan Sofbol Sarawak,” katanya kepada TVS.

Wan Muhammad turut berhasrat mengundang pasukan dari Sarawak untuk menyertai kejohanan sofbol di Brunei demi memperkukuh hubungan kedua-dua negara.

Beliau juga menyatakan impian untuk melihat perkembangan sofbol di seluruh Borneo terutama dengan aspirasi menganjurkan Kejohanan Borneo Trophy yang bakal melibatkan pasukan dari Kalimantan, Sabah, Brunei dan Sarawak.

“Walaupun sofbol tidak begitu popular di Borneo, kami berharap kejohanan ini dapat menjadi platform untuk memperluaskan minat terhadap sukan ini,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan