Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rosey menyampaikan hadiah berupa sebuah motosikal kepada seorang pemenang bertuah. Foto TVS

Jalankan tugas dengan semangat suka membantu

LAWAS, 3 Nov: Kakitangan Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti perlu menerapkan semangat suka membantu dalam diri dan menjalankan amanah dengan penuh adab serta kasih sayang.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komunti Datuk Rosey Yunus berkata, ia selepas tular isu kekasaran seorang penjawat awam di Lawas ketika melayan seorang warga emas baru-baru ini.

Menurutnya, kementeriannya bertanggungjawab untuk memberi maklum balas berhubung insiden tersebut agar perkara sama tidak berulang.

“Dalam kementerian kami, faktor insaniah penting dan peranan kita adalah untuk membantu mengikut kapasiti.

“Sebenarnya kita mengharapkan perasaan membantu ini dapat diterapkan kepada setiap lapisan petugas kita, apa pun kita berterima kasih atas maklum balas bagi kita membaiki kesilapan supaya tidak berlaku lagi,” katanya.

Rosey berkata demikian ketika ditemui selepas mewakili Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pada Majlis Penangguhan Pesta Makan Tahun Kedayan Lawas di Pust Khidmat Mini Ulu Merapok hari ini.

Beliau menjelaskan, kementeriannya akan memastikan insiden sama tidak berulang pada masa akan datang.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan