Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Negara-negara Kesatuan Eropah sedang bersedia menghadapi kemungkinan perubahan dalam sokongan ketenteraan Amerika Syarikat terhadap Ukraine jika calon Republikan dan bekas Presiden Donald Trump memenangi pilihan raya presiden AS yang akan datang. Foto AFP

EU bersiap untuk perubahan sokongan AS terhadap KYIV jika Trump menang

ByBernama

MOSCOW, 3 Nov: Negara-negara Kesatuan Eropah sedang bersedia menghadapi kemungkinan perubahan dalam sokongan ketenteraan Amerika Syarikat terhadap Ukraine jika calon Republikan dan bekas Presiden Donald Trump memenangi pilihan raya presiden AS yang akan datang, lapor Sputnik.

The Washington Post melaporkan, memetik pegawai Eropah, bahawa sekutu terdekat Washington di Eropah sedang bersedia untuk kemungkinan keretakan dalam hubungan transatlantik sekiranya Trump menang pilihan raya pada Selasa.

Bagi mengelakkan kemungkinan perubahan pendirian Rumah Putih mengenai Ukraine, pegawai Eropah berusaha meluluskan pakej bantuan sebelum pilihan raya November.

NATO juga mengambil alih sebahagian tanggungjawab Pentagon dalam menyelaraskan bantuan ketenteraan kepada Kyiv, menurut laporan itu.

Pegawai Eropah mengakui bahawa kehilangan sokongan AS dalam sektor pertahanan akan memberi tamparan hebat kepada EU dan telah menyediakan draf tarif perdagangan balas sekiranya Trump kembali mengenakan tarif ke atas produk EU, menurut laporan itu.

Pegawai juga menyediakan strategi untuk rundingan dengan Trump, merancang untuk menawarkan kerjasama menentang China atau peningkatan import AS.

Financial Times melaporkan pada akhir Julai bahawa EU sedang merangka strategi perdagangan sekiranya Trump memenangi pilihan raya, termasuk kemungkinan mengenakan tarif tinggi ke atas import AS jika rundingan untuk meningkatkan perdagangan dengan Washington gagal.

Menurut akhbar itu, rundingan dengan Trump dirancang dimulakan sebelum beliau secara rasmi memegang jawatan jika memenangi pilihan raya. Wakil EU ingin membincangkan dengan Trump senarai produk Amerika yang boleh dibeli blok itu dalam kuantiti besar.

Trump sebelum ini berjanji bahawa beliau mampu mencapai penyelesaian konflik Ukraine melalui rundingan.

Beliau berulang kali menyatakan bahawa beliau boleh menyelesaikan konflik di Ukraine dalam satu hari.

Rusia menganggap isu ini terlalu kompleks untuk penyelesaian semudah itu. Selain itu, Trump sering mengkritik pendekatan AS terhadap konflik di Ukraine serta mengkritik Volodymyr Zelensky. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan