Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Datuk Dr Malcom Mussem Lamoh ketika berucap pada Majlis Borneo Excellence Entrepreneur & Personality Awards (BORNEO BEST AWARD 2024) di Penview Hotel Kuching pada Sabtu. Foto TVS

Sarawak komited wujudkan persekitaran perniagaan kondusif

KUCHING, 3 Nov: Sarawak sentiasa komited dalam mewujudkan persekitaran perniagaan kondusif sebagai usaha menyokong pelabur tempatan dan asing bagi pertumbuhan perniagaan, kemampanan serta inovasi.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, kepimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg meletakkan rangka kerja teguh yang menyokong pertumbuhan perniagaan, kemampanan dan inovasi dengan memperkenalkan beberapa inisiatif strategik yang bertujuan menjadikan Sarawak sebagai destinasi pelaburan utama.

Menurutnya, dari segi insentif cukai sehingga kepada dasar mesra pelaburan, Sarawak menawarkan pelbagai peluang untuk perniagaan berkembang ke pasaran baharu termasuk memperkemas proses kerja, mempertingkatkan infrastruktur dan meningkatkan ketersambangunan digital bagi memudahkan urusan menjalankan perniagaan di peringkat tempatan serta antarabangsa.

“Di bawah pimpinan Premier Sarawak kami meletakkan rangka kerja teguh yang menyokong pertumbuhan perniagaan, kemampanan, inovasi dan kerajaan telah memperkenalkan beberapa inisiatif strategik yang bertujuan menjadikan Sarawak sebagai destinasi pelaburan utama.

“Daripada insentif cukai kepada dasar mesra pelaburan, Sarawak menawarkan pelbagai peluang untuk perniagaan yang ingin berkembang ke pasaran baharu dan kami memperkemas proses kami, mempertingkatkan infrastruktur kami, serta meningkatkan ketersambungan digital kami untuk memudahkan urusan menjalankan perniagaan,” katanya.

Teks ucapan dibacakan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Datuk Dr Malcom Mussem Lamoh di Majlis Borneo Excellence Entrepreneur & Personality Awards (BORNEO BEST AWARD 2024) di Penview Hotel Kuching pada Sabtu.

Tambahnya, usaha kolektif berterusan amat diperlukan untuk membina ekonomi yang berkembang maju dan mampan sambil Kerajaan Sarawak terus komited menyokong usahawan yang ada sama untuk bekerjasama membentuk masa depan lebih cerah dan lebih hijau untuk wilayah ini.

Malah menurutnya, penerima anugerah diseru untuk terus melipatgandakan usaha dalam memastikan kejayaan berterusan dapat ditempah dalam bidang yang diceburi oleh mereka.

“Marilah kita mengiktiraf usaha kolektif diperlukan untuk membina ekonomi yang berkembang maju serta mampan dan Kerajaan Sarawak terus komited menyokong usahawan kita sama ada dalam dan luar negara sambil kita bekerjasama untuk membentuk masa depan yang lebih cerah dan lebih hijau untuk negeri kita.

“Kepada semua pemenang anugerah, kejayaan anda adalah bukti kerja keras, inovasi dan kepimpinan anda serta anda adalah pelopor masa kami dalam bidang pilihan anda dan saya doakan anda semua terus berjaya dalam usaha anda pada masa hadapan,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan