Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Abang Johari berucap merasmikan Taste of Borneo Cultural Carnival (TOBCC) 3.0 di sini, hari ini. Foto Salasiah Safian (TVS)

Jambatan hubungkan Miri, Marudi siap sebelum Krismas

BySalasiah Safian

MIRI, 2 Nov: Miri akan dihubungkan dengan Bahagian Marudi sebelum sambutan Krismas tahun ini.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ia akan dihubungkan melalui Jambatan Marudi yang siap sepenuhnya.

“Tidak lama lagi Miri akan dihubungkan dengan Marudi sebelum Krismas, Jambatan Marudi boleh digunakan.

“Jambatan sudah siap, bermakna kita boleh mengunjung saudara kita di Marudi dan di Baram tanpa menggunakan feri lagi dan jambatan ini pun jambatan tidak ada tol, semuanya free (percuma). Bermakna kita sudah menghubungkan Miri dengan Marudi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan  Taste of Borneo Cultural Carnival (TOBCC) 3.0 di sini, hari ini.

Tambah beliau, Miri juga akan dihubungkan terus ke Long Terawan dan ia akan dapat disiapkan pada tahun 2030.

“Kerajaan akan membangunkan satu jalan dari Miri ke Long Terawan. Satu jalan yang panjang, mudah-mudahan siap pada tahun 2030 kerana jalan itu panjang dan jalan itu akan dihubungkan dengan luar kawasan UNESCO Mulu terus ke Limbang dan Limbang pula dengan jalan yang baharu.

“Kita bina menerusi negara Brunei Darussalam sama-sama dengan Brunei akan balik ke Miri lagi. Bermakna ini adalah satu jalan yang mengukuhkan hubungan kita,” ujarnya.

Sementara itu, dua daripada acara sempena TOBCC berjaya dicatatkan di dalam Malaysia Book of Records iaitu Titian Perpaduan Sarawak dan Pameran Kraftangan Etnik Terbanyak.

Turut hadir Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni, Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin dan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan