SIBURAN, 2 Nov: Seorang pemandu cedera dalam kemalangan membabitkan dua lori Batu 15 Jalan Kuching-Serian, hari ini.
Komander Operasi, Shaiful Ismail Othman berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 1.35 tengah hari dengan menggerakkan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan ke lokasi kejadian.
“Kemalangan melibatkan dua lori. Seorang mangsa pemandu lori tidak tersepit dan masih berada di bahagian pemandu, mengadu sakit di bahagian abdomen.
“Pihak bomba terus mengeluarkan mangsa dan diberi rawatan awal oleh unit EMRS bomba,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, mangsa seterusnya dihantar ke hospital umum untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.
“Pihak bomba melakukan kerja-kerja membersih tumpahan minyak dan serpihan bekas kemalangan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya yang lain,” ujarnya. – TVS