Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama-sama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Binti Mohd. Sanusi menghadiri Acara Pelepasan peserta SAINS & MAKSAK ONE TEAM RUN 2024. Foto Astana Negeri Sarawak

Tun Wan Junaidi sempurnakan acara pelepasan SAINS & MAKSAK One Team Run 2024

ByOdleen Catherny

KUCHING, 2 Nov: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyempurnakan acara pelepasan SAINS & MAKSAK One Team Run 2024 di Dataran Kawad Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.

Tun Wan Junaidi yang hadir bersama-sama isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi melepaskan peserta larian sejaruh enam kilometer dan tiga kilometer.

Larian tersebut diadakan untuk menggalakkan gaya hidup sihat dan mengukuhkan semangat kebersamaan dalam kalangan penjawat awam negeri.

Seramai 1,500 penjawat awam negeri menyertai larian tersebut sebagai tanda komitmen terhadap kesihatan dan kesejahteraan fizikal.

Penyertaan dalam larian tersebut menyerlahkan dedikasi peserta dalam mempromosikan budaya kerja sihat dan produktif di samping memperkukuhkan hubungan serta kerjasama lebih erat dalam kalangan penjawat awam.

Penganjuran larian tersebut diharap menjadi pemangkin kepada usaha berterusan untuk mengeratkan hubungan dalam kalangan penjawat awam dan mendorong kepada amalan gaya hidup aktif serta lestari.

Hadir sama bekas Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan Hong Nam dan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan