Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
The Philippine Madrigal Singers akan membuat penampilan pertama mereka di Borneo pada konsert Music and Words 2024 di Kuching.

Konsert Music and Words bakal gegar Kuching 16 November

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 1 Nov: Festival Korus dan Simposium Antarabangsa Sada Kenyalang (SKICF & SKICS) 2024 bakal mengetengahkan konsert Music and Words pada 16 November ini di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Acara ini dijangka menarik minat pencinta korus dari dalam dan luar negara dengan kehadiran The Philippine Madrigal Singers (The Madz), kumpulan korus pertama di dunia yang memenangi dua Anugerah Grand Prix Eropah untuk Nyanyian Korus.

Kehadiran mereka di Kuching juga merupakan penampilan pertama kumpulan itu di Borneo.

Persatuan Kuching City First Choir (KCFCA) berkata Music and Words juga akan mempersembahkan dua karya bertemakan Sarawak, termasuk sebuah karya berdasarkan puisi oleh pakar Gendang Melayu Sarawak yang diatur khas oleh komposer dari Filipina, serta satu lagi karya yang menggambarkan keindahan Sarawak, ciptaan Pengerusi Eksekutif KCFCA, George Tay Wee Yang.

“Selain itu, konsert akan menampilkan Jehté Chamber Choir, kumpulan korus utama di bawah naungan KCFCA, serta Kumpulan Korus Alumni Chung Hua Middle School No.1, rakan penganjur SKICF & SKICS,” kata kenyataan itu.

Tambahnya lagi, festival ini, yang disokong oleh Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP), Business Events Sarawak (BESarawak) dan diiktiraf oleh Lembaga Pelancongan Sarawak (STB), turut menawarkan pelbagai aktiviti lain dari 15 hingga 17 November, termasuk bengkel, ceramah dan persembahan awam di lokasi-lokasi ikonik di Kuching.

Bagi yang berminat, tiket berharga RM150 (premium) dan RM100 (biasa) boleh ditempah menerusi WhatsApp di +60162366788 (Linda) atau +60149227988 (KCFCA). – TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found