Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
10 paket dadah yang dianggarkan seberat 501.29 gram dirampas daripada kedua-dua suspek. Foto PDRM

Pasangan kekasih ditahan bersama 501.29 gram syabu

PENAMPANG, 1 Nov: Sepasang kekasih yang dipercayai menjalankan aktiviti pengedaran dadah ditahan polis, semalam.

Kedua-dua individu berusia 20-an itu ditahan kira-kira jam 3.30 petang oleh sepasukan anggota dan pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton berkata, sebaik ditahan, pemeriksaan mendapati pasangan berkenaan memiliki 10 paket plastik berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu.

Katanya, semua dadah berkenaan yang dianggarkan seberat 501.29 gram itu dipercayai bernilai RM16,000 berdasarkan harga pasaran semasa.

“Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap suspek turut didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphethamine.

“Kedua-dua suspek terus ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sammy berkata, jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan boleh dikenakan sebat tidak kurang 15 sebatan.

Katanya, kes turut disiasat mengikut Seksyen 15 (1)(a) akta sama dan kedua-dua suspek kini ditahan reman.

Sehubungan itu, Sammy menasihatkan orang ramai agar tidak terjebak dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Katanya, masyarakat juga diminta supaya menjadi mata dan telinga polis dalam menyalurkan maklumat bagi membanteras gejala dadah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan