Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Ahmad Farhan Fauzi yang menyantuni masyarakat India di sekitar Parlimen Indera Mahkota di Kuantan. Foto Anwar Ibrahim (FB)

Kerajaan Madani terus iltizam bela kebajikan rakyat tanpa kira bangsa, agama

ByBernama

KUALA LUMPUR, 31 Okt: Pelbagai bantuan yang disalurkan Kerajaan MADANI kepada segenap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa mahupun agama adalah selaras dengan iltizam untuk memastikan kebajikan setiap rakyat kekal terbela, tidak tercicir atau dipinggirkan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di Facebook pada Rabu berkata bantuan itu antara lain termasuklah sumbangan kepada masyarakat India terutamanya golongan miskin tegar dan yang memerlukan.

Menerusi hantaran sama, Anwar turut berkongsi mengenai program Setiausaha Politik beliau Datuk Ahmad Farhan Fauzi yang menyantuni masyarakat India di sekitar Parlimen Indera Mahkota di Kuantan sempena Majlis Penyampaian Baucar Deepavali 2024.

“Dalam majlis ini, saudara Farhan telah menyampaikan baucar ‘Jom Shopping Deepavali 2024’ kepada 135 penerima bagi membawa keceriaan buat mereka sempena sambutan Deepavali tahun ini,” kata Perdana Menteri.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan