Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kompleks UNIFOR di Jalan Ong Tiang Swee, Kuching disifatkan sebagai simbol perpaduan rakyat Sarawak. Foto TVS

Kompleks UNIFOR simbol perpaduan Sarawak

KUCHING, 30 Okt: Kompleks Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) di Jalan Ong Tiang Swee di sini disifatkan sebagai simbol perpaduan rakyat Sarawak.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata dengan siapnya kompleks itu ia dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh komuniti di negeri ini untuk tujuan keagamaan dan bukan keagamaan.

Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian bersama yang lain pada majlis penyerahan Permit Menduduki kompleks UNIFOR. Foto TVS

“Sepatutnya penyerahan (kompleks) pada September namun atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan maka penyerahan OP (Permit Menduduki) dilakukan pada hari ini dan inilah masa yang kita tunggu-tunggukan.

“Saya ingat lagi semasa pecah tanah, beberapa perkara yang merisaukan saya adakah bangunan ini dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan kerana perjalanan ini merupakan sesuatu yang sangat penting bagi kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan OP Kompleks UNIFOR oleh Datuk Bandar Kuching Selatan Dato Wee Hong Seng di sini, hari ini. Hadir sama, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Uggah berkata kompleks UNIFOR yang bernilai RM75 juta merupakan sebuah bangunan 10 tingkat yang turut dilengkapi dengan lapan gerai di bahagian bawah selain dewan acara yang boleh memuatkan kira-kira 120 meja dalam suatu masa.

“Kita berharap selepas ini ada pihak yang ingin mengadakan apa jua acara memilih dewan ini untuk disewa sebagai tanda sokongan terhadap UNIFOR,” katanya.

UNIFOR ditubuhkan pada 2017 oleh kerajaan Sarawak untuk menjaga kebajikan agama bukan Islam dan memberikan bantuan kewangan bagi pembangunan fizikal dan menaik taraf rumah ibadat agama lain.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan