Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Roket pembawa Long March-2F, yang membawa kapal angkasa Shenzhou-18 dan tiga angkasawan, berlepas dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan di Gurun Gobi di barat laut China pada 25 April 2024. Foto AFP

Tiga angkasawan berjaya berlabuh di Stesen Angkasa China

ByBernama

ISTANBUL, 30 Okt: Tiga angkasawan berjaya berlabuh di stesen angkasa lepas China selepas pelancaran kru Shenzhou-19 awal Rabu, lapor Agensi Anadolu (AA).

Kapal angkasa Shenzhou-19 dilancarkan dengan roket pembawa Long March-2F, pada Rabu, 4.27 pagi waktu tempatan dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan di Mongolia Dalam di wilayah Gansu.

Tiga angkasawan itu ialah Cai Xuzhe, 48, Song Lingdong, 34, dan Wang Haoze, 34.

Wang ialah angkasawan wanita China pertama manakala Cai berkhidmat sebagai komander misi terbaru. Ia merupakan misi kedua Cai dalam tempoh 22 bulan.

Kru itu bertemu dengan angkasawan lain, yang dikenali sebagai taikonaut di China, untuk melakukan pertukaran syif dengan kru Shenzhou-18 di orbit.

Anak kapal Shenzhou-19 akan mengawal operasi angkasa lepas daripada taikonaut Shenzhou-18, yang sedang bersiap sedia untuk pulang ke bumi selepas menjalankan penyelidikan angkasa lepas selama enam bulan.

“Kami menjalani latihan sebagai satu pasukan selama lebih setahun, mengekalkan keadaan terbaik dan piawaian tertinggi dipatuhi,” kata Cai menjelang pelancaran.

China pertama kali melancarkan misi angkasawan, Shenzhou-5, pada 2003.

Ye Guangfu dan rakan sepasukan Li Cong dan Li Guangsu dari kru Shenzhou-18 kini berada di stesen angkasa Tiangong yang dibina hasil teknologi tempatan China.

Beijing melancarkan kru Shenzhou-18 pada 25 April dan mereka dijangka kembali pada 4 Nov di Tapak Pendaratan Dongfeng. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan