Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUALA LUMPUR, 20 Ogos -- Istana Negara terus menjadi tumpuan para pengamal media hari ini apabila Raja-Raja Melayu dijangka tiba bagi sebuah perbincangan khas berkaitan pelantikan Perdana Menteri kesembilan.?Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu itu dijadual bermula 2.30 petang, dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah RiÂ’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Raja-Raja Melayu berangkat pulang selepas perbincangan khas

ByBernama

KUALA LUMPUR: Raja-Raja Melayu berangkat pulang dari Istana Negara petang ini selepas selesai Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu bagi membincangkan perkembangan isu semasa negara, khususnya mengenai pelantikan Perdana Menteri baharu.

Kenderaan rasmi Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin terawal dilihat keluar dari pintu utama Istana Negara pada 4.20 petang, disusuli Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah seminit kemudian.

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir pula berangkat pulang pada 4.22 petang, diikuti Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah.

Perbincangan khas itu yang dijadual bermula 2.30 petang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

— BERNAMA

Tags: #bm, politik

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan