Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rafizi Ramli berkata Sarawak ketika ini berada dalam kedudukan terbaik untuk menjadi pemain utama dalam industri CCUS.

Empat negeri dikenal pasti peneraju CCUS di Malaysia

ByFebbright James

KUCHING, 30 Okt: Sarawak, Sabah, Pahang dan Terengganu dikenal pasti berupaya menjadi peneraju dalam industri pemerangkapan, penggunaan, dan penyimpanan karbon (CCUS) di Malaysia, demikian menurut Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Menurut beliau, Sarawak ketika ini berada dalam kedudukan terbaik untuk menjadi pemain utama dalam industri CCUS, bukan hanya di Malaysia tetapi juga di rantau ini.

Persekutuan-Sarawak ‘harmonikan’ undang-undang CCUS

“Saya berasa gembira kerana semua yang terlibat berada dalam landasan yang tepat sebab CCUS ini satu aktiviti berteknologi tinggi.

“Kalau kita berjaya dalam tempoh lima tahun akan datang, Malaysia dapat mewujudkan peluang pekerjaan bergaji tinggi di samping menjadikan negara ini peneraju dalam peralihan tenaga,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas libat urus bersama kerajaan Sarawak mengenai pelaksanaan inisiatif CCUS di sini, hari ini.

Sesi libat urus tersebut dihadiri Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan tiga timbalannya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Dalam sesi tersebut, Kerajaan Persekutuan dan negeri berbincang untuk memperhalusi undang-undang CCUS sebelum memuktamadkan rang undang-undang (RUU) berkaitan di peringkat Persekutuan dan negeri.

RUU tersebut dijangka dibentangkan pada akhir tahun ini dan sesi libat urus juga telah dilaksanakan dengan tiga negeri lain tersebut.

Menerusi kenyataannya sebelum ini, Rafizi menyifatkan semua negeri tersebut jelasnya, memiliki telaga minyak yang tidak digunakan dan fasiliti terminal sedia ada untuk menjalankan aktiviti CCUS.

Tegasnya, Kerajaan Persekutuan dan negeri yang terlibat berperanan sebagai pemudah cara antara pengendali industri CCUS seperti Petronas dan pelanggan, termasuk pelabur asing.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan