MUKAH, 30 Okt: Seorang lelaki cedera selepas kereta dipandu kemalangan kendiri di Jalan Mukah- Balingian di sini, awal pagi tadi.
Komander Operasi, Stephen Plen berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 2.29 pagi dengan menggerakkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi kejadian didapati kereta jenis Proton X50 terbabas di bahu jalan lalu masuk ke dalam parit.
“Seorang mangsa lelaki berusia 34 tahun yang cedera berjaya keluar sendiri dan dibantu oleh orang awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, pihak bomba bertindak membantu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi rawatan awal sebelum mangsa dibawa ke hospital bagi mendapat rawatan lanjut.-TVS