Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiga lelaki warga China disyaki terlibat dalam kes seluk saku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA T1 ), ditahan pada Jumaat lepas. Foto hiasan Envato

Polis tahan tiga warga China terlibat kes seluk saku di KLIA T1

ByBernama

PUTRAJAYA, 30 Okt: Tiga lelaki warga China disyaki terlibat dalam kes seluk saku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA T1 ), ditahan pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah KLIA ACP Azman Shari’at berkata tangkapan itu dilakukan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA dengan bantuan anggota keselamatan penerbangan (AVSEC) di ruang legar Balai Ketibaan Antarabangsa, KLIA T1.

“Ketiga-tiga suspek telah direman empat hari sejak 26 Okt lepas,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata tangkapan dibuat selepas pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki warga Jepun pada 22 Okt lepas, mendakwa menjadi mangsa kejadian itu selepas menyedari zip bag sandangnya terbuka dan mendapati dompet dalam bag berkenaan hilang.

Azman berkata pengadu menyedari kejadian itu ketika ingin membuat pembayaran di sebuah restoran di Petaling Jaya, Selangor pada 21 Okt lepas.

“Pengadu juga telah menerima pemberitahuan melalui telefon bimbitnya bahawa terdapat tiga transaksi (menggunakan kad banknya) telah dibuat di suatu lokasi yang beliau tidak pasti.

“Pengadu bertindak menyekat semua kad bank miliknya apabila mendapati penggunaan kad banknya mencecah RM7,622,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan akan dirujuk ke Mahkamah Majistret Sepang untuk pertuduhan hari ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan