Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pada Majlis Perasmian PETROS Connect 2024 di Kuching, hari ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Tujuh tahun PETROS kukuh kedudukan Sarawak dalam industri minyak dan gas

ByRegina Lee

KUCHING, 29 Okt: Sejak penubuhannya pada tahun 2017, Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) telah mencatatkan perkembangan pesat dalam industri minyak dan gas tempatan di wilayah ini.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, PETROS memegang peranan penting meningkatkan penglibatan dalam sektor huluan dan hiliran serta memperluaskan bahagian manfaat Sarawak daripada minyak dan gas yang dihasilkan di negeri ini.

“Hari ini menandakan satu pencapaian penting bagi PETROS dalam misinya untuk meningkatkan penyertaan Sarawak dan rakyat Sarawak dalam industri minyak dan gas kita.

“Apa yang telah dicapai oleh PETROS dalam tempoh tujuh tahun sahaja adalah luar biasa. Kini, PETROS berdiri sebagai pengeluar minyak dan gas ketiga terbesar di Malaysia serta satu-satunya agregator gas dan menguruskan pengedaran dan pembekalan gas petroleum cecair (LPG) di Sarawak.

“Saya mengucapkan tahniah kepada Lembaga Pengarah dan Pengurusan PETROS atas pencapaian ini,” katanya pada Majlis Perasmian PETROS Connect 2024 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.

Pada masa sama, Awang Tengah berkata PETROS Connect adalah platform yang direka untuk menghubungkan para pemegang kepentingan tempatan dan asing dalam industri minyak dan gas.

Ia bertujuan mempromosikan pertumbuhan industri dengan membolehkan penerokaan lapangan minyak dan gas baharu serta penggunaan teknologi canggih seperti penangkapan dan penyimpanan karbon (CCS).

Ujarnya, ia selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 yang bertujuan untuk mengubah ekonomi Sarawak ke arah pembangunan rendah karbon yang mampan.

“Di bawah kepimpinan berwawasan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, PETROS berada di barisan hadapan dalam transformasi ekonomi Sarawak.

“PETROS Connect akan mempamerkan peluang untuk industri minyak dan gas mengembangkan perniagaan mereka di Sarawak dan menyumbang kepada kemakmuran ekonomi Sarawak,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan