Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Nancy Shukri. Foto TVS

Parlimen: Penyertaan wanita sebagai ahli Lembaga Pengarah langkaui sasaran

ByFarah Diyana Samsuddin

KUALA LUMPUR, 29 OKT: Penyertaan wanita iaitu 30 peratus sebagai ahli Lembaga Pengarah menjelang tahun 2025 melangkaui sasaran bulan ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,  Datuk Seri Nancy Shukri.

Menurutnya, lonjakan pencapaian ketara itu dengan penyertaan wanita sebagai ahli Lembaga Pengarah di 100 syarikat teratas yang tersenarai di Bursa Malaysia (top 100 PLC) iaitu daripada 25.5 pada tahun 2021 kepada 32.2 peratus pada 10 Oktober lepas.

“Statistik ini turut merangkumi syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) yang tersenarai. Sementara itu, bagi syarikat lain pula, peratusan ini turut meningkat daripada 16.9 peratus pada tahun 2021 kepada 25.4 peratus pada tahun 2023,” katanya.

Nancy yang juga Ahli Parlimen Santubong itu berkata demikian bagi menjawab persoalan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Madius Tangau di Dewan Rakyat hari ini berhubung langkah kementerian bagi memastikan dasar 30 peratus wanita dalam keahlian Lembaga Pengarah khususnya dalam syarikat-syarikat  berkaitan Kerajaan (GLC) di negara ini.

Nancy mendedahkan bagi GLC pula peratusan turut meningkat daripada 16.9 peratus pada tahun 2021 kepada 25.4 peratus pada 2023. 

Beliau menyatakan pencapaian sasaran berkenaan turut mendapat pujian di peringkat antarabangsa iaitu semasa beliau dan delegasi Malaysia mempertahankan pelaporan Negara Keenam di bawah Konvensyen Tentang Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (The Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination Against Women – CEDAW) pada 22 Mei 2024 di Geneva, Switzerland.

Selain itu, Nancy mendedahkan inisiatif itu juga berjaya mendapat pengiktirafan melalui Anugerah Ministerial Award di 2023 Global Summit of Women di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. 

“Saya menyeru agar semua pihak dapat berganding bahu dalam usaha merealisasikan hasrat Kerajaan ini. K

“Kami di KPWKM komited untuk meneruskan usaha-usaha advokasi dan seruan agar semua pihak turut komited dalam hal ini,” tegasnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan