Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Beberapa jalan di Jalan Vinca, berhampiran tempat letak kereta Boulevard, akan ditutup sempena Karnival Taste of Borneo 3.0.

Beberapa jalan di sekitar Miri ditutup sempena Karnival Taste of Borneo Cultural

ByVanessa Enjop

MIRI, 29 Okt: Beberapa jalan di Jalan Vinca berhampiran tempat letak kereta Boulevard akan ditutup sementara bermula 30 Oktober hingga 10 November 2024 bagi melancarkan aliran trafik bersempena Karnival Taste of Borneo 3.0.

Penganjur karnival, melalui kenyataan rasmi hari ini, mengumumkan bahawa penutupan laluan akan berkuat kuasa dari jam 4 petang hingga 9 malam bagi memastikan pergerakan lalu lintas yang lebih teratur sepanjang acara tersebut.

Acara ini turut menyaksikan perarakan kebudayaan yang dijadualkan pada 30 Oktober, bermula 6:30 petang.

Perarakan akan melalui laluan utama, bermula dari Tempat Letak Kereta Terbuka Boulevard, melalui Jalan Boulevard Utama, bulatan Jalan Aster, Jalan Bulan Sabit, hingga ke Titian Perpaduan Sarawak.

Bagi mengurangkan kesesakan, laluan lencongan telah disediakan untuk pengguna yang ingin menuju ke Jalan Bulan Sabit, Jalan Aster, dan Jalan Miri-Pujut.

Pihak penganjur menasihatkan orang ramai agar merancang perjalanan mereka dengan lebih awal dan bersedia menghadapi kemungkinan kesesakan di kawasan sekitar. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan