KUALA LUMPUR, 29 Okt: Subsidi bersasar bagi petroleum RON95 serta pelaksanaan cukai dividen dua peratus ke atas pendapatan dividen melebihi RM100,000 untuk pemegang saham individu antara yang diketengahkan di Dewan Rakyat hari ini.
Persoalan itu dibangkitkan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri sejurus Dewan Rakyat bersidang sebentar lagi.
Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen turut menyaksikan Dr. Mohammed Taufiq Johari (PH-Sungai Petani) meminta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kementerian untuk meningkatkan jumlah pekerja sosial yang terlatih dan berkelayakan dalam negara, serta langkah oleh Kementerian untuk memperbaiki proses pengambilan dan latihan bagi memastikan sokongan yang mencukupi untuk kanak-kanak dan komuniti yang memerlukan.
Sejurus sesi berkenaan , mesyuarat Dewan Rakyat diteruskan dengan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan)Â 2025Â selepas ia dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan pada 18 Okt lepas.
Setakat ini, 105Â Ahli Parlimen daripada blok kerajaan, pembangkang dan Bebas telah mengambil bahagian pada sesi perbahasan rang undang-undang itu.