Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sempena perayaan Hari Deepavali 31 Oktober, PETRONAS mempersembahkan sebuah filem berjudul 'Sinar Bersama' untuk tontonan umum. Foto PETRONAS

‘Sinar Bersama’ filem pendek PETRONAS sempena Hari Deepavali

ByWilly Jali

KUCHING, 29 Okt: Perayaan Hari Deepavali pastinya membawa erti yang bermakna buat penganut Hindu dan menjadi peluang untuk rakyat Malaysia berkumpul serta meraikannya bersama dengan penuh meriah dan bermakna.

Sempena perayaan Hari Deepavali 31 Oktober ini, Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) mempersembahkan sebuah filem berjudul ‘Sinar Bersama’ untuk tontonan umum.

Filem ini menampilkan kisah seorang penari cilik bernama Lakshman, yang mempunyai impian besar dan bersemangat tinggi.

Sokongan daripada keluarga tercinta dan orang di sekeliling menambahkan keyakinannya untuk menyerlah di atas pentas idamannya.

Bagi mengikuti kisah dan cerita selanjutnya, ‘Sinar Bersama’  ditayangkan di laman Youtube dan Facebook Petronas mulai 28 Oktober. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan