Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Julaihi Narawi meninjau kerja-kerja projek bekalan air di jalan dari Labang, Bakun ke Tubau, Bintulu, hari ini.

Projek bekalan air Tubau-Labang manfaatkan lebih 3,000 penduduk

BINTULU, 28 Okt: Projek bekalan air di jalan antara Labang, Bakun ke Tubau di sini yang dijangka siap pada 22 Mei 2026 bakal memberi manfaat kepada 3,300 penduduk.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata projek itu merangkumi pembinaan loji rawatan air, tangki aras tinggi, tangki takungan air dan permukaan air sauk.

“Apabila siap kelak, projek air ini boleh membekal air terawat dan bersih kepada 62 rumah panjang dan kampung di kawasan Labang ke Tubau,” katanya menerusi hantaran Facebooknya, hari ini.

Pada pagi ini beliau melakukan tinjauan kemajuan projek tersebut.

Mengulas lanjut mengenai projek, Julaihi berkata loji rawatan air ini mempunyai kapasiti 10 juta liter air sehari.

Sumber air diambil dari sungai Kemena melalui permukaan air sauk setinggi 30 meter dari platform jeti.

Menurutnya, dua unit tangki aras tinggi yang turut dibina mempunyai kapasiti setiap satunya 3.5 juta liter manakala tangki takungan mempunyai kapasiti 3 juta liter.

“Projek RM92.4 juta yang bermula pembinaannya pada 22 Mei 2024 itu dibiayai menggunakan dana kerajaan Sarawak,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan