Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jasad Ilron Dennis,21, mangsa yang hilang dua hari lalu selepas jatuh dari tongkang di Sungai Kemena, Bintulu, ditemui pasukan SAR hari ini. Foto IPD Bintulu

Keluarga sahkan jasad yang ditemui pasukan SAR sebagai Ilron Dennis

BINTULU, 28 Okt: Keluarga mengesahkan jasad yang ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pagi tadi sebagai Ilron Dennis,21, mangsa yang hilang dua hari lalu selepas jatuh dari tongkang di Sungai Kemena di sini.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Nixon Joshua Ali berkata, jasad mangsa ditemui jam 10 pagi tadi, kira-kira 300 meter dari tempat mangsa dilaporkan terjatuh.

“Jasad mangsa ditemui pasukan SAR ketika membuat rondaan dan pencarian secara surface searching, mangsa ditemui terapung di tebing sungai dalam keadaan berpakaian lengkap.

“Keluarga mangsa yang berada di tempat kejadian telah membuat pengecaman dan mengesahkan bahawa jasad yang ditemui itu adalah ahli keluarga mereka yang dilaporkan hilang sebelum ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, jasad tersebut dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Bintulu untuk tindakan Lanjut dan polis mengklasifikasi kes sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR).

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kekeliruan.

“Sekiranya ada mana-mana pihak yang mempunyai maklumat tambahan berkenaan kejadian ini boleh tampil dan menghubungi pegawai penyiasat kes, ASP Mohd Sani Junid (0195666500) atau Bilik Gerakan IPD Bintulu 086-318304. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan