KUCHING, 28 Okt: Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi kekal sebagai Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Pantai Damai bagi sesi 2024-2027.
Pengumuman itu dibuat pada Mesyuarat Perwakilan PBB Pantai Damai semalam yang sebulat suara melantik beliau untuk terus memang jawatan tersebut.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai itu menang tanpa bertanding manakala Timbalan Ketua Cawangan, Merdehi Mas turut mengekalkan jawatan selepas menang tanpa bertanding.
Sementara itu, Mohamad Hasfa Saleh dipilih menjadi Naib Ketua Cawangan selepas menang tanpa bertanding.
Rosmah Zaini pula dilantik sebagai Ketua Wanita Cawangan selepas memenangi pertandingan dua penjuru.
Ketua Pemuda Cawangan Abdul Adzim Adzmi Abdul Rahman menang tanpa bertanding bagi jawatan tersebut.
Dr Abdul Rahman berkata, tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepada ahli jawatankuasa baharu perlu digalas dengan penuh amanah dan dedikasi tinggi.
“Pertandingan untuk merebut sesuatu jawatan merupakan perkara biasa berlaku bagi setiap cawangan PBB.
“Namun ia dijalankan dengan penuh semangat setiakawan dan membuka peluang kepada semua untuk menggalas tanggungjawab,” katanya.
Mesyuarat Perwakilan PBB Cawangan Pantai dirasmikan oleh Pengerusi Tetap PBB Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia
Perwakilan dari 36 Ranting PBB dalam DUN N.4 Pantai Damai menghadiri Mesyuarat Perwakilan PBB tritahunan tersebut. -TVS