Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Henry Harry Jinep ketika menyempurnakan Majlis Penangguhan Pesta Tasik Biru 2024 di Lobuh Bau, pada Ahad. Foto TVS

Pembangunan Greater Bau: Peluang ekonomi dan pekerjaan untuk anak tempatan

BAU, 27 Okt: Pembangunan di Bau di bawah inisiatif Greater Bau diyakini akan menjadi pemangkin penting dalam memperkasakan ekonomi daerah itu.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut) Sarawak, Datuk Henry Harry Jinep berkata, transformasi awal yang telah dilaksanakan telah menunjukkan hasil yang positif.

Menurutnya, langkah-langkah pembangunan di kawasan ini sangat penting untuk menarik pelabur dan penglibatan sektor swasta.

“Dengan pelbagai projek infrastruktur dan kemudahan yang dirancang, diharapkan ia dapat mencipta lebih banyak peluang pekerjaan bagi anak tempatan, sekali gus meningkatkan taraf hidup masyarakat setempat.

“Saya percaya ramai yang bekerja apabila banyak premis yang dibuka dan dengan adanya peluang pekerjaan dan sebagainya tentu sekali itu menambah sedikit sebanyak pendapatan.

“Inilah sebab kenapa kita mau menjadikan Bau sebagai Greater Bau, kenapa kita mahu Tasik Biru dijadikan Tasik Biru Resort City, kita perlukan pekerjaan untuk anak-anak tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penangguhan Pesta Tasik Biru 2024 di Lobuh Bau, di sini pada Ahad.

Katanya, inisiatif ini bukan sahaja memberikan manfaat ekonomi, tetapi juga meningkatkan daya saing Bau sebagai destinasi pelaburan, dengan kerjasama antara kerajaan dan sektor swasta, visi untuk menjadikan Bau sebagai kawasan yang berkembang pesat semakin menjadi nyata.

Henry berkata, ini termasuk kesan kepada kenaikan gaji minimum yang akan berkuat kuasa pada tahun depan.

“Sekarang gaji minimum sudah naik, Februari tahun hadapan sudah naik kepada RM1,700 tetapi jika tiada peluang pekerjaan di mana anak-anak kita mahu bekerja.

“Kalau asyik menunggu peluang pekerjaan daripada pihak kerajaan, memang tidak akan cukup, sebab itu kita terpaksa mencari jalan dan kaedah supaya pelabur atau pihak swasta untuk terlibat dalam mempergiat sosio ekonomi setempat dan menambah peluang pekerjaan,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan