Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan SAR melakukan operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari kapal tongkang di Sungai Kemena, Bintulu, hari ini. Foto IPD Bintulu

Kru kapal dengar jeritan mangsa minta bantuan sebelum tenggelam

BINTULU, 27 Okt: Seorang kru kapal menyedari mangsa terjatuh apabila terdengar jeritannya meminta bantuan sebelum tenggelam dan lemas dibawa arus dalam kejadian berlaku di kapal tongkang di Sungai Kemena di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Nixon Joshua Ali berkata, mangsa Ilron Dennis berusia 20-an dipercayai telah terjatuh dari kapal tongkang itu jam 8 malam ketika cuba menyeberangi dengan cara melangkah di antara dua buah tongkang.

Pemuda dikhuatiri lemas jatuh sungai

“Jarak di antara tongkang adalah lebih kurang satu meter lebar dan dengan ketinggian tiga meter dari aras sungai. Ketika kejadian, mangsa dipercayai berjalan seorang diri menuju ke kapal tempat mangsa bekerja.

“Seorang kru kapal menyedari mangsa terjatuh apabila terdengar jeritan mangsa meminta bantuan. Beberapa kru kapal cuba membantu tetapi gagal kerana mangsa telah tenggelam ke dalam air dibawa arus deras,” katanya dalam kenyatan hari ini.

Katanya, majikan mangsa seterusnya menghubungi agensi penyelamat untuk tindakan selanjutnya.

“Oleh kerana cuaca gelap dan arus yang deras pada malam hari, operasi menerai dan menyelamat (SAR) hari pertama dimulakan pada jam 8 pagi tadi.

“Operasi telah dijalankan dengan kaedah mencari di permukaan air, tebing sungai dan teknik penyelaman melibatkan pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu, Pasukan Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat Bintulu dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Bintulu menggunakan aset setiap agensi,” ujarnya.

Beliau menasihatkan orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang menimbulkan kekeliruan, siasatan awal telah dikategorikan sebagai laporan orang hilang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan