Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini merasmikan Karnival UDA Sarawak di Tapak Projek NEU Pendington, di sini, hari ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Neu Pendington dibangunkan di kawasan strategik

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 27 Okt: Projek Neu Pendington dibangunkan UDA Holdings Berhad (UDA) dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) merupakan satu kawasan yang strategik.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pembangunan projek tersebut melibatkan kawasan hartanah termasuk hotel, pusat membeli-belah, kondominium dan kawasan perumahan yang bakal dihubungkan dengan stesen Transit Aliran Autonomi (ART).

“Pembangunan ini (ART) akan dihubungkan dengan kawasan Petra Jaya termasuk Kompleks Sukan Sarawak dan jalan menuju Kota Samarahan.

“Sebenarnya kawasan ini (Neu Pendington) mempunyai dua laluan ke Samarahan. Pertamanya, jalan yang kita ada sekarang terus ke kawasan itu dan keduanya adalah melalui Sejingkat iaitu selepas siapnya Jambatan Sejingkat yang akan menghubungi kawasan seberang Pending menuju ke jalan yang baharu yang dibina ke Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Karnival UDA 2024 Sarawak, di Tapak Projek Neu Pendington, di sini, hari ini.

Pada masa sama, menurutnya, dengan kewujudan jambatan itu nanti, ia akan memudahkan UDA untuk berinteraksi dalam membangunkan UNIMAS sebagai destinasi seterusnya di Sarawak.

“Pihak UNIMAS datang berjumpa saya dengan membawa kertas cadangan. Jadi, saya memberitahu mereka supaya meneruskan kerjasama dengan UDA untuk membangunkan kawasan UNIMAS.

“Ini kerana ia juga berdekatan dengan hospital UNIMAS yang baharu dan sudah tentu ia akan dapat memberikan kemudahan yang strategik kepada UDA,” ujarnya.

Sehubungan itu, Abang Johari berkata, pembangunan strategik yang dilaksanakan di kawasan tersebut turut memberikan kesan positif kepada peningkatan ekonomi terutamanya di Bandar raya Kuching.

“Sekarang ini, kita sedang giat melaksanakan pembinaan ART dan berharap dengan adanya pengangkutan awam yang mesra alam tanpa pelepasan karbon ini nanti akan dapat menjadi tarikan kepada orang ramai untuk datang ke Sarawak,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan