Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak dijangka alami hujan berterusan, banjir kilat mungkin berlaku
Sarawak dijangka alami hujan berterusan, banjir kilat mungkin berlaku

Sarawak dijangka alami hujan berterusan, banjir kilat mungkin berlaku

ByOdleen Catherny

KUCHING: Rakyat Sarawak perlu meningkatkan kewaspadaan dengan mengelak kawasan berbahaya seperti bukit, kawasan yang terdedah kepada tanah runtuh dan sebagainya, kerana hujan dijangka akan turun secara berterusan selama beberapa hari.

Ekoran beberapa insiden banjir kilat yang berlaku di Kedah, Perak dan Pulau Pinang, Jabatan Meteorologi Malaysia Cawangan Sarawak tidak menolak kemungkinan negeri ini juga akan sekali lagi berdepan dengan banjir kilat sekiranya hujan berterusan.

Menurut Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Cawangan Sarawak, Haburi Hamdan, banjir kilat boleh berlaku pada bila-bila masa.

“Tentu sekali banjir kilat boleh berlaku pada bila-bila masa apabila hujan lebat berlaku walaupun untuk tempoh beberapa jam sahaja. Namun biasanya, bencana ini berlaku apabila hujan tertumpu kepada satu-satu tempat.

“Tidak seperti tempoh monsun timur laut yang lebih mudah dijangkakan dengan tempoh yang agak lama serta meliputi kawasan yang lebih luas,” kata Haburi ketika dihubungi TVS pada hari ini.

Beliau turut mengingatkan orang ramai untuk sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling.

“Orang ramai perlu tahu tentang kawasan berbukit, kawasan yang terdedah kepada kejadian tanah runtuh, serta kepala air sekiranya ada air terjun. Elak kawasan ini atau sekitarnya yang ada potensi bahaya,” katanya.

Selain itu, kata Haburi, orang ramai juga disarankan untuk tidak berdiri di bawah pokok yang tinggi kerana ia berpotensi disambar petir.

Orang ramai perlu sentiasa berwaspada dan tahu perkembangan semasa tentang keadaan bencana di dalam negara dan juga luar negara.

Ia bagi memastikan semua orang siap siaga untuk menangani apa sahaja bencana yang bakal menimpa.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang keadaan cuaca semasa, orang ramai boleh melayari www.met.gov.my.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan