Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Meringgai Jawa (kiri) , Mohd Sahrizan Saboden (tengah), Lee Miao Feng (kanan) ketika ditemui pemberita pada Emart Mom & Kids Fair 2024 di Emart Batu Kawa pada Sabtu. Foto TVS

Kemeriahan Emart Mom & Kids Fair 2024 kini kembali

KUCHING, 26 Okt: Keletah anak kecil dan ibu bapa menggamatkan suasana Emart Mom & Kids Fair 2024 yang membuka tirai sejak 24 Oktober lalu.

Pengurus Cawangan Emart Batu Kawa, Meringgai Jawa,36, berkata, Emart menawarkan pelbagai produk yang boleh didapati di pesta ini dan antaranya aksesori serta pakaian bayi dan kanak-kanak, alat permainan rangsangan tumbesaran bayi, produk penjagaan dan mandian bayi serta pelbagai pilihan makanan untuk si cilik.

“Kita mengadakan Mom & Kids Fair 2024 ini untuk menyedia serta menawarkan produk-produk keperluan bayi dan kanak-kanak kepada ibu bapa di luar sana. Kita menyediakan 54 jenama yang kita tawarkan dalam Emart ini. Satu lagi, Emart ini ibarat pusat sehenti yang menyediakan semua keperluan di bawah satu bumbung dan memudahkan untuk pelanggan kami membeli barangan tanpa perlu pergi ke tempat lain,” katanya ketika ditemui pemberita pada Emart Mom & Kids Fair 2024 di Emart Batu Kawa pada Sabtu.

Bagi Mohd Sahrizan Saboden,33, seorang kerani yang juga merupakan pelanggan setia Emart berkata, beliau sekeluarga singgah ke pesta ini untuk membeli barangan keperluan anak kecil mereka.

“Saya sering membeli barangan di Emart Batu Kawa ini dan kebetulan ada di sini, dan ternampak ada pesta barangan bayi ini, terus kami sekeluarga singgah di sini.

“Pihak Emartpun kerap menghantar makluman tentang promosi yang mereka anjurkan, jadi kami memang akan membeli keperluan anak-anak di sini dan lagipun saya tinggal berhampiran dengan tempat ini, jadi amat mudah untuk ke sini,” ujarnya.

Tertarik dengan promosi yang dilihat di laman media sosial, pekerja swasta, Lee Miao Feng,24, mengambil peluang yang ada untuk ke Emart Mom & Kids Fair 2024 untuk menambah stok keperluan anak perempuannya yang hampir habis.

“Saya ternampak promosi tentang barangan bayi dan kanak-kanak di Facebook, jadi saya terus ke Emart Batu Kawa ini sebab keperluan seperti lampin pakai buang anak saya pun nak habis. Satu lagi, harga di sini agak murah dan sangat berpatutan dan ada juga hadiah percuma yang ditawarkan sebagai tarikan,” katanya.

Menariknya, Emart Mom & Kids Fair 2024 memudahkan ibu bapa untuk meninjau pilihan yang sedia ada dan pada masa yang sama, membeli barangan keperluan anak mereka di bawah satu bumbung kerana terdapat lebih 54 jenama menyertai pesta ibu dan anak di beberapa lokasi pusat beli-belah Emart di Sarawak termasuklah Emart Batu Kawa, Matang, Moyan, Sejingkat, Summer Mall, Tabuan Jaya, Riam, Tudan dan Emart Lintas Jaya di Sabah.

Sepanjang berlangsungnya Emart Mom & Kids Fair 2024 bermula 24 Oktober hingga 6 November nanti, ahli Emart bakal menikmati diskaun istimewa, selain menerima baucar tunai RM5.00 secara percuma dengan perbelanjaan melebihi RM200.00 menerusi pembelian produk Mom & Kids Fair yang terpilih.

Ahli Emart yang terdiri daripada ibu bapa yang mempunyai bayi dalam lingkungan usia sehari sehingga 36 bulan turut dialu-alukan untuk menyertai peraduan foto ‘My Little Angel Photo Contest’ dengan memuat naik gambar anak-anak cilik mereka mengikut kreativiti masing-masing dan syarat utama untuk menyertai peraduan ini amat mudah, yakni dengan membeli produk di Mom & Kids Fair bernilai RM30 dan ke atas dalam satu resit.

Lima pemenang terpilih menerusi gambar paling kreatif bakal menerima baucar Emart bernilai RM60.00, sementara satu pemenang yang paling popular akan membawa pulang baucar tunai Emart RM50.00.

Emart Mom & Kids Fair 2024 menjanjikan pengalaman manis serta istimewa apatah lagi ibu bapa dapat mengambil peluang ini untuk meluangkan masa bersama keluarga tercinta.  – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan