Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ella meluangkan masa bersama para peminatnya pada Karnival UDA 2024 Edisi Sarawak di Kuching pada Jumaat. Foto TVS

‘Standing In The Eyes Of The World’ selama empat dekad bersama Ella

KUCHING, 26 Okt: Empat dekad berdiri gah dalam industri seni negara, Nor Zila Aminuddin atau lebih dikenali sebagai Ella, mengakui mengharungi cabaran serta untuk kekal relevan dalam industri seni bukanlah sesuatu yang mudah.

Namun, minat yang mendalam serta percaya akan bakat seni yang dikurniakan kepada dirinya, membuatkan pelantun lagu ikonik ‘Standing In The Eyes Of The World Ini’ terus bersemangat dalam menghasil serta memberikan yang terbaik kepada para peminatnya yang begitu setia mendukung karier nyanyiannya yang bermula sejak awal tahun 1980-an lagi.

Malah, Ella percaya karya-karya muzik yang dihasilkannya selama empat dekad ini memberi impak positif kepada para peminat serta pendengar di luar sana.

“Sebenarnya dalam kebanyakan lagu yang dicipta dan dipersembahkan, Ella merasakan lagu-lagu ini sangat memberi manfaat kerana mesej yang disampaikan adalah berkaitan dengan keinginan dan kesungguhan, dedikasi untuk negara, kejayaan dalam bidang sukan serta motivasi untuk semua,” katanya ketika ditemui pemberita pada sesi bertemu bersama peminat di Karnival UDA 2024 Edisi Sarawak pada Jumaat.

Ratu Rock Negara ini turut menyifatkan disiplin, komitmen, dedikasi tanpa jemu serta kreativiti dan inovasi baharu yang disuntik dalam muziknya, merupakan antara formula yang memastikan dirinya kekal relevan dalam industri ini meskipun dengan kemunculan penyanyi-penyanyi baharu yang hadir mewarnai dunia seni tempatan.

“Minat yang mendalam dan juga selalu mencari kelainan serta pembaharuan dan faktor-faktor ini yang membawa Ella sampai ke hari ini, Insya-Allah.

Mengimbau kembali karier yang bertahan lebih 40 tahun ini, figura lagenda muzik negara itu menyifatkan lagu ‘Standing In The Eyes Of The World’ yang begitu dekat di hatinya, kerana ia menggambarkan momen-momen istimewa dalam hidupnya, selain mendekatkan lagi dirinya kepada para peminat yang sentiasa mendukung kariernya sehingga ke detik ini.

“Ada beberapa lagu sebenarnya, tetapi yang sering Ella dendangkan untuk apa sahaja majlis adalah ‘Standing In The Eyes Of The World kerana kekuatan liriknya, melodi serta semangat yang ada dalam lagu itu sendiri,” ujarnya.

Ella turut menitipkan pesanan kepada bakat-bakat baharu yang mahu melibatkan diri secara serius dalam industri seni ini.

“Kalau hendak berjaya, terus berikan yang terbaik serta jangan mudah berputus asa dan terus berusaha,” ujarnya lagi.

Ella turut menyatakan penghargaan kepada para peminatnya yang tidak pernah jemu untuk mendoakan serta menyokong diri serta karier seninya.

Rata-rata, peminat pemuzik tanah air di Sarawak amat berpuas hati dapat bersua muka serta menikmati momen-momen magis yang dicipta bersama penyanyi kesayangan mereka pada Karnival UDA 2024 Edisi Sarawak.

Ketua Komunikasi Korporat SEDC, Khairanie Jasni pula berkata, karnival ini merupakan wadah untuk mempromosi serta memperkasakan bidang hartanah serta usahawan di negeri ini.

“Selaku rakan kongsi bagi Karnival UDA, bagi pihak SEDC, kami melihat ini sebagai salah satu inisiatif kami untuk memperkenalkan rakan kami iaitu UDA Holdings Berhad, selain memperkenalkan segala perancangan kami dalam bidang hartanah di mana melalui perancangan kami seterusnya, kami melihat untuk mengembangkan lagi jalinan kerjasama dengan pihak UDA di sekitar Kuching, Bintulu dan juga Kota Samarahan.

“Selain rakan kongsi kami iaitu UDA, kami juga membawakan seramai 120 orang usahawan SEDC untuk terlibat dalam Karnival UDA ini dan kami menggunakan sepenuhnya peluang ini untuk memperkenalkan usahawan-usahawan kami kepada orang ramai,” katanya.

Karnival UDA 2024 Edisi Sarawak yang diadakan bermula 25 hingga 27 Oktober ini merupakan anjuran bersama UDA Holdings Berhad (UDA) bersama rakan strategik Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) dalam memperkasa usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di Sarawak, selain membantu komuniti setempat mendapatkan produk hartanah eksklusif yang menawarkan pelbagai tawaran menarik untuk pembeli rumah menerusi kempen ‘Jimat Super Deals’.

Karnival UDA 2024 Edisi Sarawak yang diadakan di Galeri Jualan @ Tapak Projek Neu Pendington, Jalan Datuk Marican Salleh turut dimeriahkan antara lainnya termasuklah acara pertandingan sukan rakyat, gerai jualan makanan tempatan Sarawak serta gerai jualan kraftangan tempatan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan