Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian bercakap semasa sidang media Sarawak Bookfair di Wisma Bapa di Kuching pada Jumaat. Foto TVS

Sarawak Bookfair dan Sarawak Author Festival 2024 di The Hills pada 28 Okt – 3 Nov

KUCHING, 25 Okt: Sarawak Bookfair dan Sarawak Author Festival 2024 kembali lagi untuk edisi ketiga pada tahun ini pada 28 Oktober hingga 3 November 2024 di The Hills, di sini.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata festival anjuran bersama Festival Pengarang Sarawak (SAF) itu mengenengahkan sebanyak 60 gerai buku serta 24 reruai pameran sepanjang seminggu penganjurannya.

“Jadi, 28 Oktober sehingga 3 November di The Hill dan terdapat banyak aktiviti yang dirancang termasuk 60 gerai dan 24 pameran.

“Sarawak dalam usaha membina anak bangsa, Sarawak 2024 tidak sama dengan Sarawak 2014 kerana menjelang 2030 kami mahu menjadi Sarawak yang berbeza dari 2024,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media Sarawak Bookfair di Wisma Bapa Malaysia di Kuching pada Jumaat.

Sarawak Bookfair dan Sarawak Author Festival 2024 tahun ini menjanjikan pelbagai aktiviti menarik.

Antaranya adalah Pesta Buku, Pesta Pengarang, Kempen Pemacuan Keahlian Percuma, Hari Terbuka Orang Keperluan Khas, Kempen Derma Darah, Ceramah Penglibatan, Sesi Literasi u-Pustaka, Minggu Media Global dan Literasi Maklumat, Pengarang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan