Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelabuhan Sarawak (MINTRED), Dato Sri Mohd Naroden Majais melakukan lawatan semasa Pra Perasmian Sarawak Kitchen dan Gerai Jualan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) sempena Sarawak Regatta di Kuching pada Jumaat. Foto TVS

36 usahawan sertai Sarawak Kitchen dan Gerai Jualan PMKS sempena Sarawak Regatta 2024

KUCHING, 25 Oktober: Seramai 36 usahawan menyertai Sarawak Kitchen dan Gerai Jualan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) Kuching Waterfront Festival 2024 sempena Sarawak Regatta di sini.

Acara tumpuan ramai itu menyerikan Tebingan Kuching bermula hari ini, 25 Oktober hingga 3 November depan dari 9 pagi hingga 10 malam.

Majlis Pra Perasmian disempurnakan Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelabuhan Sarawak (MINTRED), Dato Sri Mohd Naroden Majais yang mewakili Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan pada Jumaat.

Edisi kali ini dianjurkan MINTRED dengan kerjasama Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED), Jabatan Pertanian Sarawak (DOA), Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS), Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS), Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), Seuruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Sarawak Cultural Village.

Orang ramai berpeluang menyertai pelbagai aktiviti di pentas Sarawak Kitchen seperti pertandingan karaoke, pertunjukan fesyen kanak-kanak, pertandingan makan buah, kempen makan buah, kuiz, cabutan kupon bertuah, pertandingan mengupas udang, demo dan praktikal solekan, demo masakan dan mini science show oleh Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan